Sabtu, Oktober 10, 2009

Hari Pertama Persekolahan Anak Sulungku di JIS


Hari ni merupakan hari pertama anak sulung ku, Aqilah memulakan sesi persekolahanya di Jubail International School (JIS). Sebagai seorang ibu, aku berdoa agar Aqilah dapat menyesuaikan diri dan seterusnya dapat mengikuti sesi P&P dengan baik dan sempurna . Aku dapat rasakan apa yang Aqilah rasakan. Perasaan takut, risau, dan macam-macam lagi yang bersarang di hatinya. Apa tidaknya, dia terpaksa menghadapi suasana serba baru. Jika di Malaysia, sekolah menggunakan BM, tapi di JIS, BI sebagai bahasa pengantar. Kebanyakkan gurunya berbangsa India, Pakistan, Arab dan UK. Uniform sekolah di Malaysia 'baju kurung' di JIS 'white blouse with grey full length trousers'. Aku nampak dia tak selesa memakai uniform sedemikian, tapi terpaksa. Hai.... harap-harap dapat la Aqilah menyesuaikan diri.

Ahad, Oktober 04, 2009

Raya di Perantauan


Petang Hari Raya di Zeist, Netherland....

9 Okt. 2009, kami sekeluarga fly ke Netherland. Suami aku diarahkan oleh syarikatnya untuk melakukan satu tugasan (FAT) di Yokogawa Amersfoort.Kami berada di sana selama 17 hari. Ini bermakna kami terpaksa menyambut 'Aidilfitri' di Netherland.
Kami menginap di Apartment di bandar Zeist.

Mula-mula sampai, susah juga kami nak dapatkan makanan halal yang sesuai dengan selera kita, nasib baik aku ada bawa bekalan mee maggi, sedikit sambal ikan bilis dan beberapa jenis bekalan lain, maka dapatlah kami berbuka puasa dengan rezeki yang ada.Pengalaman berpuasa di rantau orang jauh berbeza dengan tempat sendiri, dah la masa puasanya 16 jam, berbuka pula dengan roti dan pasta, perut melayu macam kami ni mana tahan, tambahan pula dengan cuacanya yang sejuk sekitar 17-29'C.Jenuh juga memujuk anak-anak agar sabar berpuasa.Hari ke dua kami jumpa beras di sebuah kedai India tapi harga berasnya agak mahal RM10/kg. Nak buat macam mana mahal pun mahal le, perut nak makan nasi juga....

Minggu kedua merupakan minggu terakhir Ramadhan.Jika di Malaysia minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi kebanyakan umat Islam. Sibuknya pelbagai. Sibuk buat kuih raya, sibuk menyediakan baju raya, sibuk menghias rumah untuk raya, sibuk bincang nak balik raya.Semuanya sibuk bab raya, tapi kami di Zeist, relex je,sebab kami je yang nak raya, masjid untuk kami sembahyang raya pun belum kami jumpa.Cuma anak-anak aku je yang sibuk buka laptop dengar koleksi lagu raya. Dua malam terakhir sebelum raya, akhirnya suami dan anak lelakiku dapat menemui masjid yang terletak lebih kurang 3 km dari tempat tinggal kami.

Ahad, 20 Okt.seluruh umat Islam merayakan 'Aidilfitri'. Kami menyambut Aidilfitri dengan suasana yang amat berbeza.Tiada alunan takbir dan tahmid dari kaca TV, maupun masjid.Pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersiap, setelah menjamah sedikit makanan, kami keluar untuk ke masjid tapi agak malang juga kerana Aidilfitri jatuh pada hari Ahad pengangkutan awam memulakan perkhidmatanya agak lewat berbanding hari lain, jadi kami terpaksa la menapak untuk ke masjid.Kira-kira 1km kami berjalan terdapat hamba Allah yang berhati mulia sanggup menumpangkan kami ke masjid,maka dapat lah kami menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama dengan jemaah yang kebanyakannya berbangsa Turky, Moroco dan juga orang tempatan. Hanya kami sekeluarga yang berbangsa Melayu.Tercetus juga rasa syukur dan bangga kerana walaupun di mana Islam itu hidup.


waktu sembahyang raya di holland


dalam perjalanan pulang ke apartment

Usai solat Aidilfitri, perut mula keroncong. Jika di kampungku, ada juga juadah raya yang dibawa oleh para jemaah ke surau untuk di makan bersama setelah selesai solat. Maka itu juga yang terbayang di minda kami, dapat la kami merasa juadah orang di sini. Tapi.... apa juadah yang kami dapat hanyalah pak cik Turky penjual roti bersama roti-rotinya yang dijual kepada para jemaah. Aku dan suami tersenyum sendiri,masing-masing teringat impian nak merasa juadah raya di Zeist. Nak tak nak, suami keluarkan duit beli roti untuk juadah raya kami.....Sampai di appatment, aku dan suami masakkan pasta dan steek untuk juadah raya kami.Kami juga menerima kunjungan 2 orang tetamu (rakan suamiku) di hari raya. Mereka juga senasib dengan kami beraya di perantauan. Waktu petang kami sekeluarga ronda-ronda di sekitar pekan Zeist tanpa amalan kunjung-mengunjung sebagaimana kita beraya di Malaysia."Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri".

Saksikan slide disediakan