Selasa, Disember 01, 2009

Nasi Arnab Spain

Bahan-bahan
1 ekor Arnab( boleh juga ayam/daging/kambing)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh rempah arab
1 sudu teh rempah kari daging
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang lobak merah (kecil)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit butter/minyak sapi (ikut suka)dan minyak masak untuk menumis
garam

beras 1/2 - 1kg
cara-cara
- bersihkan arnab, potong besar-besar- perap dengan
garam ,(serbuk halia jika suka)
- sementara itu masakkan nasi bersama-sama lobak merah yg telah
disagat.Tambahkan sedikit garam. ketepikan.
- dalam masa yang sama tumiskan bawang, kulit kayu manis,
bunga lawang,rempah hingga wangi kemudian masukkan tomato,
arnab dan sedikit air (jika suka masukkan susu cair), tutup..
tambahkan garam secukup rasa biarkan hingga separuh masak.
- Bila nasi hampir kering masukkan semua bahan
(arnab yg separuh masak tadi)ke dalam periuk nasi,
tutup dan tunggu hingga nasi masak.
- bila dah masak hias le ikut selera sendiri... n makan le...

(gambaq lupa ambik, nanti boh kendian...)
```````````````````SELAMAT MENCUBA`````````````
inilah rabbit yang telah kami masak....hiasan semata-mata, jangan takut...

8 ulasan:

PUAN PIA berkata...

salam ummi..

sedap ke arnab hitam?

huhu..

Adilah Mnor berkata...

sedap... cuba la

Imanisa riana @ sarimah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Guru berkata...

assalammualaikum

tak pernah makan daging arnab...rasa macam tak boleh nak telan...

tak de kuah nak lawan nasi ni ke?

Adilah Mnor berkata...

he.he.he, kelakarnya..sebenarnya arnab yg saya masak tu dah siap diproses, saya pun tak tau tu arnab,nampak macam ayam je...bila siap masak dah makan baru suami gitau tu arnab...dia beli kat kedai Morocco. Arnab yg dalam gambar tu arnab jiran kami.Anak2 kami dok main. nasi arab memang kering..tak dak kuah, org2 arab tak reti makan nasi ngan kuah.

puan seri berkata...

org arab memg dah biase dgn bende kering2, maklumlah depakan dok padang paser yg kering...hehheheheh..
tak sabaq tunggu hmpa blek masak kat kami...

Adilah Mnor berkata...

ok.. nanti bila kami balik kami masak utk hampa...nasik kering2...tapi sediakan air byk2 kot2 tercekik, susah pule...nak jawab nanti...

Tanpa Nama berkata...

kesian arnab jd korban mok sue.. huhu..