Sabtu, Januari 30, 2010

'Family Day' KRMJ

Seronok juga bila dapat berjumpa,berkenalan sesama rakan Malaysia yg ada kat Jubail ni.KRMJ(Kelab Rakyat Malaysia Jubail)berusaha utk mengadakan 'family day'utk memberi peluang kepada kami yg tinggal di Jubail ni utk berkenal-kenalan maklum la,masing-masing dari tempat yang berbeza sewaktu di Malaysia dulu...

Kalau tak ada program agama, family day, atau jemputan makan-makan agak susah juga utk kami nak jumpa walaupun tinggal berdekatan. Para suami sibuk bekerja, si isteri pula susah utk keluar sendirian ke rumah kenalan kerana perlu bertemankan mahram....
Kat Saudi ni tak le macam kat Malaysia...perempuan bebas bergerak...nak drive pun tak boleh, so ke mana-mana kena tunggu suami yg bawa....jadi le 'mem' besar kami kat sini...


...siap dgn pendaftaran, nak pastikan jumlah rakyat Malaysia kat Jubail...

...kaum bapa main futsal...sampai ada yg cedera..masuk hospital...


...kaum bapa turut sama join sukaneka...


...kaum ibu pula tunjuk kepakaran kupas epal...


... sape menang...hadiah besau...


... yg penting anak-anak gembira...ini le peluang depa nak main..kalau tak kena kurung je...




...anak-anak tunjuk bakat...acara penutup...


...besaq dapat...tp org lain punya...kesian...

Info dari Jubail

Semalam, kami rakyat Malaysia yang kini menetap(sementara) di saudi(Jubail)di kejutkan dengan berita kemalangan maut di Madinah. Seorang sahabat mendapat berita dari Kedutaan bahawa kemalangan yang berlaku di Madinah melibatkan rakyat Malaysia yang berkerja dengan syarikat oil n Gas.
Dalam keadaan yang kelam kabut,mungkin berlaku kesilapan komunikasi, pihak kedutaan ingatkan melibatkan rakyat Malaysia yang tinggal di Jubail.

Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu (petang Rabu- Jumaat), bagi kami yang tinggal di Saudi yang mempunyai kelapangan masa akan ke Makkah atau Madinah. Apabila mendapat berita tentang kemalangan maut yang melibatkan 'keluarga Malaysia',masing-masing cemas, mungkinkah kalangan kami di sini yang terlibat.Ya lah, bila kita merantau di tempat orang, sahabai handai lah yang akan menjadi saudara kita.

Akhirnya, kerisauan terjawab juga, mangsa kemalangan maut tersebut melibatkan satu keluarga dari Malaysia dan seorang pelajar univ. Madinah. Menurut sumber, seorang
mangsa maut, 2 cedera parah..
Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terlibat dan Al-fatihah...semoga rohnya di tempatkan bersama para solehin.

Ajal-maut, di mana tanah kubur kita tiada siapa yang tahu...semuanya dalam ketetapan dan pengetahuan Allah SWT...

Sabtu, Januari 09, 2010

"Umrah dan Ziarah" menyambut 2010

Bila memikirkan sambutan tahun baru....macam-macam aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat kita. Ada kawan yag bertanya, apa program istimewa menyambut tahun baru di Saudi?...jawapan penulis...tak pasti..
Bagi kami di sini, jika berkesempatan dan berpeluang utk ke Makkah dan Madinah itulah program yang istimewa bagi kami.Jadi sebagai penutup tirai 2009 dan menyambut kedatangan 2010..kami tidak melepaskan peluang utk melakukan Umrah & Ziarah.

Untuk pengetahuan umum, Makkah kini sedang dalam proses membesarkan dataran...jadi banyak hotel-hotel dan kedai-kedai yang dulunya dibina berhampiran dengan kawasan Masjidil-Haram telahpun dirobohkan. Lihat lah...

tapak hotel Royal Makkah...telah dirobohkan...utk dijadikan dataran







Jika melakukan Umrah dan ziarah selepas musim 'Haji' suasana nya lebih lengang, aman kerana jemaah tidak begitu ramai pada masa ini.






Makkah-31.12.09




Dataran Masjid Nabawi


Dataran Masjid Nabawi


Dataran Masjid Nabawi


Masjid Nabawi-01.01.10


Masjid Nabawi-01.01.10

Isnin, Januari 04, 2010

Santai

Sudah lama rasanya blog ni tak update....nak kata sibuk tak juga tapi tak tau kenapa.. beku je idea nak tulis entry. Atau mungkin juga pengaruh musim sejuk...so idea pun turut membeku.

Tapi, walaupun sejuk aktiviti makan-makan tetap berjalan. Cuaca sejuk memang menuntut sepaya kita lebih makan. Musim sejuk cepat je lapar....so, aktiviti makan-makan dirancang samaada diadakan di rumah maupun di luar rumah. Tambahan pula melalui aktiviti sebegini dapat juga kita merapatkan silaturahim sesama kita. Bagi kami yang hidup merantau ni sahabat handai lah yang menjadi saudara......


BBQ di Dareen beach, Jubail


Sambil picnic, melayan anak-anak main layang-layan


ni pula picnic kat rumah....Najd 21.


sembang-sembang, makan-makan


dah makan, sembang-sembang pula...berkenalan dgn org baru..


dah bakar, makan-makan....


ni je... yg tinggal...