Jumaat, Oktober 15, 2010

4 Golongan lelaki ke Neraka

Islamic Glory's Notes
Report4 golongan lelaki ke neraka ..

by Islamic Glory on Sunday, September 5, 2010 at 3:09pm


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-


" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMIN

Catatan Pengalaman

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen( sisa-sisa)
nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan
air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi
taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat
macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak
memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena
habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada
kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini
kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu
petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan
kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat
mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita
meningkat,hati
kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer
lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita
betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan
lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi
jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa
semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara
kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib
ialah,mereka-
mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat
berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih
dari
sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti
bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai
sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan
mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali
....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ....
dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur
rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall
pass
on his words to others,and those to others again; and may the last ones
understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,