Rabu, Mac 07, 2012

Sifat Neraka

Kuliah Maghrib : Surau Taman Jali : 29/02/12
Oleh: Ustaz Abdul Rauf

Manusia perlu ikhlas beribadat kepada Allah SWT, dimana keikhlasan tersebut terdiri daripada 3 peringkat iaitu:

Peringkat pertama: Beribadat kerana takut kepada Allah SWT (yakni beribadat semata-mata untuk menunaikan perintah Allah SWT)

Peringkat kedua: Beribadat kepada Allah SWT kerana mencari pahala (yakni beribadat kerana takut atau untuk terhindar daripada azab/neraka Allah SWT)

Peringkat ketiga: Beribadat kepada Allah SWT kerana mencari/mendapatkan kemuliaan di dunia dan juga di akhirat.

Rujukan: Kitab Usuluddin.

Kenapa kita perlu beribadat untuk terhindar daripada azab api neraka.
Sesungguhnya azab neraka itu amat pedih.

Sifat Neraka:
Allah SWT nyalakan api selama 1000 tahun sehingga apinya berwarna merah, kemudian Allah SWT tambahkan lagi selama 1000 tahun sehingga apinya berwarna putih, kemudian Allah SWT tambahkan lagi selama 1000 tahun sehingga apinya menjadi hitam (seperti malam yang kelam), dan apinya tidak pernah padam-padam.