Sabtu, Oktober 10, 2009

Hari Pertama Persekolahan Anak Sulungku di JIS


Hari ni merupakan hari pertama anak sulung ku, Aqilah memulakan sesi persekolahanya di Jubail International School (JIS). Sebagai seorang ibu, aku berdoa agar Aqilah dapat menyesuaikan diri dan seterusnya dapat mengikuti sesi P&P dengan baik dan sempurna . Aku dapat rasakan apa yang Aqilah rasakan. Perasaan takut, risau, dan macam-macam lagi yang bersarang di hatinya. Apa tidaknya, dia terpaksa menghadapi suasana serba baru. Jika di Malaysia, sekolah menggunakan BM, tapi di JIS, BI sebagai bahasa pengantar. Kebanyakkan gurunya berbangsa India, Pakistan, Arab dan UK. Uniform sekolah di Malaysia 'baju kurung' di JIS 'white blouse with grey full length trousers'. Aku nampak dia tak selesa memakai uniform sedemikian, tapi terpaksa. Hai.... harap-harap dapat la Aqilah menyesuaikan diri.

2 ulasan:

Sofia berkata...

InsyaAllah..Aqilah boleh sesuaikan diri..

Lagipun, beruntung aqilah sbb dr kecil lg dh berpeluang utk belajar BI secara totally dr persekitaran yg mmg menggunakan BI

adilah berkata...

INSYAALLAH,semoga ALLAH pemudahkan segala urusan