Ahad, Disember 26, 2010

Pengiraan zakat - Emas

Emas terdiri daripada tiga jenis:

A ~ Platinium (melayu kata emas putih, sebab emas jenis ini mahal) bukan daripada keluarga aurum, harganya lebih mahal drp emas kuning. Platinium tidak dikenakan zakat (Z)dan lelaki boleh pakai.

B ~ Emas kuning, Tergolong daripada keluarga aurum, dibuang warna kuning menjadi putih akhirnya. Emas jenis ini dikenakan zakat dan lelaki tidak boleh memakainya.

C ~ Emas kuning, juga daripada keluarga aurum, kena zakat dan lelaki tidak boleh memakainya.

Cara pengiraan zakat

untuk jenis B dan C :
i. Jika emas yg tak dipakai mencapai berat minimum 85gm dikenakan zakat. 2.5% . Boleh dibayar dgn gantian duit.

ii. Jika emas yg dipakai, tak dikenakan zakat jika beratnya tidak melebihi 169gm.
Jika 170gm dikenakan zakat.

Contoh:
Katakan berat emas yang tidak dipakai 200gm, ditolak 85gm = 115gm, dibahagi 40(2.5%) = 2.875 x RM130(nilai emas semasa) = RM 373.75.

Nilai zakat perlu dibayar kepada 3 orang(minimum) ikut pendapat mazhab Syafie atau kpd 1 org atau lebih ikut pendapat jumhur.

Sumber Rujukan: Syeikh Fauzi Tahir, Pensyarah di INSANIAH Kedah

Ayam Masak Padang

Bahan-bahan

1 ekor/ 1kg ayam

Bahan A
2-3 labu bawang besar (sais sederhana)
5 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili kering ( nak pedas tambah sendiri)
1 inci lengkuas
sedikit halia, kunyit

Bahan B
1 biji kelapa (ambil santannya)
2-3 keping asam keping(gelugur)
2 batang serai
daun limau purut

Cara-cara

1. Bersihkan ayam, n potong ikut suka yang memasak.
2 Kisarkan semua bahan A hingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan A yg siap dikisar.
4. Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam, kemudian santan, n bahan B.Tambahkan garam n gula secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak. (Jika nak kuahnya pekat biarkan kering sedikit).


..........Selamat mencuba.......

Rabu, Disember 01, 2010

NIGERIA

Nigeria... sebelum kaki menjejak bumi Nigeria, bermacam tanggapan muncul di benak fikiran tetapi...


Penulis bersama rakan setugas di Nigeria


Power Plant di Nigeria - Tempat bertugas Penulis


Power Plant di Nigeria

Sekitar kawasan Penginapan Penulis








Tempat Penginapan Penulis

Pasar - Suasana urusan jual beli masyarakat Nigeria






Mata wang Nigeria


Jumaat, Oktober 15, 2010

4 Golongan lelaki ke Neraka

Islamic Glory's Notes
Report4 golongan lelaki ke neraka ..

by Islamic Glory on Sunday, September 5, 2010 at 3:09pm


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-


" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMIN

Catatan Pengalaman

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen( sisa-sisa)
nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan
air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi
taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat
macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan
....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak
memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena
habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada
kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini
kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu
petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan
kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat
mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita
meningkat,hati
kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer
lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita
betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan
lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi
jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa
semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara
kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib
ialah,mereka-
mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat
berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih
dari
sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti
bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai
sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan
mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali
....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ....
dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur
rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall
pass
on his words to others,and those to others again; and may the last ones
understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Isnin, Ogos 09, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum..

Sekian lama blog ku ini tidak berusik....nak kata sibuk, tak le sesibuk mana, cuma idea tu kadang kala timbul, kadang kala tenggelam...
Pada kesempatan ini ingin penulis mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia,-RAMADHAN AL-MUBARAK- bulan yang di dalamnya penuh rahmat, keberkatan serta keampunanNya.Oleh itu sama-sama lah kita sebagai hambaNya berusaha untuk mencari keredhaan serta keampunan Allah SWT. Sama-sama lah kita hiasi bulan yang pebuh keberkatan ini dengan sebaik-baik amalan. Marilah kita perbanyakkan bersedekah, bersujud serta bertahajud dalam usaha kita mencari Lailatul-qadar. Moga kita terdiri dari kalangan hambaNya yang beruntung.

Jumaat, Jun 04, 2010

TIP KHUSYUKKAN SOLAT

Cara-Cara mengkhusyukkan Solat.

1. Solat berjamaah.( yang paling afdal adalah di masjid
khususnya bagi lelaki)
2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan
diminum dan di dapati dari punca yang halal.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.
4. Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar/ air kecil.
5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai
semua anggota yang wajib serta berdoa apabila air
melalui anggota-anggota wudhuk.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
7. Solat pada awal waktu (melainkan jika ada majlis ilmu
atau majlis zikir)
8. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang boleh mengganggu
fikiran atau membimbangkan hati.
9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya solat itu adalah
yang terakhir dalam hidup kita.
10.Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT
yang maha agong dan mengetahui segala rahsia hambaNya.
11.Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri
terhadap Allah SWT yang sentiasa melihat gerak geri kita.
12.Memahami segala bacaan dalam solat.
13.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas,
selawat kepada Nabi,istighfar.
14.Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak
menggerakkan anggota ketika solat.
15.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
16.Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
17.Memastikan tiada gangguan di kawasan kita solat.

*Mudah-mudahan kita dapat perbaiki solat kita agar solat
hari ini lebih berkualiti dari solat yang semalam.

Isnin, Mei 31, 2010

CINTA SEORANG SUAMI

Berdasarkan kisah benar...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan
sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi
dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka
berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah
isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama
dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak
bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan
mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV
supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya
tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya
tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya
makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan
selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa
sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ),
pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau
dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia
merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka,
sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka
sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan
keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan
hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin
sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu
dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak
tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa
ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan
berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan
merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang
sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin
bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di
sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di
dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia
menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia
meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik
dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat
butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya
mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta
untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru
acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak
mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang
kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan
sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan
luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat
diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir
dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya
4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan
ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ...
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di
atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala
kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Kisah yang wajar kita teladani.

Salam juang 165,

AHMAD YANI ABD MANAF (Karangkraf)
Alumni Eksekutif Angkatan 41 Jkt.

*Inilah lelaki idaman yang jarang sekali bisa diketemui.

Jumaat, Mei 28, 2010

MIMPI RASULULLAH SAW

9 Mimpi Nabi Muhamad S.A.W

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2.Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan- syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil menghampiri kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT".

Rabu, Mei 26, 2010

WANITA SOLEHAH

Ciri-ciri wanita solehah
~ Meletakkan keredhaan Allah SWT dalam setiap perbuatan.
~ Gembira dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab
sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.
~ Sentiasa membahagiakan hati suami dalam setiap
aspek kehidupan.
~ Menjadi penyokong kepada suami dan anak-anak dalam
hal dunia dan akhirat.
~ Sentiasa menggalakkan suami dan anak-anak menunaikan
kewajipan solat secara berjamaah.
~ Menegur serta menasihati suami secara berhemah apabila
melihat sesuatu yang perlu ditegur atau dinasihati
menurut Islam.
~ Bersifat qanaah atau memadai dengan kehidupan yang
dilalui dan rezeki yang dimiliki.
~ Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan berterima
kasih kepada suami.

Sabda Rasulullah SAW mengenai wanita solehah:" Sebaik-baik wanita adalah yang membahagiakan engkau apabila engkau melihatnya, patuh kepadamu apabila engkau mengarah sesuatu serta menjaga kemuliaan dirinya waktu ketiadaanmu serta mengawasi hartamu"(Riwayat al-Hakim dan al-Tabrani serta Ahmad dan al-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Sabda Rasulullah SAW:"Apabila seseorang perempuan solat lima waktunya, puasa pada bulannya,menjaga marwah dan kehormatannya,mentaati suaminya, nescaya ia akan masuk syurga menerusi mana-mana pintu sekalipun yang ia mahu."

Dalam hal ini, para suami juga mempunyai tanggungjawab serta berperanan dalam usaha mencari keredhaan Allah SWT ke arah mewujudkan suatu kehidupan yang aman dan tenteram.
Allah SWT berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, awasilah, jagalah, diri kamu dan ahli keluargamu dari azab neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-bata yang dijadikan sembahan." (al-Tahrim:6)


Ahad, Mei 23, 2010

UTHRECT-NETHERLAND


Di tengah-tengah bandar Uthrect

pengangkutan awam Di Netherland
Parking basikal- di Netherland, basikal merupakan pengangkutan alternatif.

Berkayak menyusuri sungai Uthrect

href="http://3.bp.blogspot.com/_z_t5Blmap5M/S_pPyeyp8oI/AAAAAAAAAgQ/fQmyg_5eu2A/s1600/026.JPG">


Menara tertinggi di Uthrect

Binaan bangunan yang tersendiri

Rabu, Mei 19, 2010

TELAGA ZAMZAM

Sejarah Telaga Zamzam

Nabi Ibrahim membawa isterinya Hajar dan anaknya, Ismail yang masih dalam usia menyusu ke tempat yang agak tinggi di pinggir masjid dekat Baitullah yang mana pada masa itu kering kontang. Ketika itu di Mekah belum ada orang dan tidak ada air. Ibrahim menempatkan mereka berdua di sana dan meninggalkan sedikit kurma dan sedikit air untuk mereka. Nabi Ibrahim pergi meninggalkan mereka berdua. Tiba-tiba Hajar mengikutinya dan berkata, "Mau ke manakah engkau wahai Ibrahim? Kau tinggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak ada sesuatupun?" Pertanyaan itu terus diulang-ulang, tapi Ibrahim tidak menoleh dan tidak pula menjawab. Lalu Hajar bertanya, "Apakah Allah yang menyuruhmu berbuat demikian?" Ibrahim menjawab, "Ya." Hajar berkata, "Kalau memang begitu kami tidak keberatan."
Kemudian Hajar kembali dan Ibrahim meneruskan langkahnya, sampai di atas bukit, di mana keluarganya tidak dapat melihatnya lagi, beliau menghadap ke arah Baitullah, lalu mengangkat kedua tangannya seraya berdoa, "Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah-Mu (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami! semoga saja mereka tetap mendirikan salat, jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur."

Ibunda Ismail minum dari bekas air untuk menyusukan anaknya, sampai suatu ketika air itupun habis dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya dengan penuh cemas, lalu dia pergi meninggalkannya karena tidak sanggup melihatnya kehausan. Dia pergi menuju bukit terdekat, iaitu bukit Safa lalu berdiri di atasnya dan memandang ke arah lembah di sekelilingnya apakah ada orang? Ternyata tidak ada. Dia turun melewati lembah sampai ke bukit Marwah, dia berdiri di atasnya dan memandang apakah ada orang? Ternyata tidak ada. Dia melakukan demikian sebanyak tujuh kali.
Ketika berada di atas bukit Marwah dia mendengar ada suara, dia berkata kepada dirinya sendiri, "Diam!" Setelah diperhatikannya betul-betul ternyata memang dia mendengar suara, kemudian dia berkata, "Aku telah mendengar, apakah di sana ada air?" Tiba-tiba dia melihat ada seorang “malaikat” dekat telaga Zamzam. Dia mengorek-orek tanah sampai nampak ada air yang keluar dari tanah lalu ia menciduk dengan tangannya dan dimasukkan ke dalam bekas air, setelah diciduk air tersebut makin banyak airnya. Dia minum air tersebut dan menyusukan putranya, Ismail, lalu malaikat tersebut berkata kepadanya, "Jangan takut terlantar, sesungguhnya di sinilah Baitullah yang akan dibangun oleh anak ini (Ismail) bersama ayahnya, dan sesungguhnya Allah tidak akan menerlantarkan kekasihnya."

Air Zam zam merupakan air yang paing baik di muka bumi ini. Selain bersih, air zam zam juga mengandung banyak khasiat yang sangat bermanfaat bagi kesihatan. Air zam zam mempunyai kandungan mineral kalsium, magnesium dan fluorida yang cukup tinggi.

Apakah air zam zam akan habis ?
Berjuta juta jemaah haji dan umrah setiap tahun mengambil air dari telaga zam zam, namun telaga tersebut tak pernah kering.
Ujian telah dilakukan dimana telaga Zamzam telah dipam sebanyak 8000 liter/minit selama lebih kurang 24 jam dan telah menunjukkan ketinggian air menurun dari 3,23 m dibawah tanah hingga 12,79 m, dan lalu menjadi 13,39 meter. Setelah itu paras air berhenti merosot. Air kembali naik ke 3,9 m dibawah tanah hanya 11 minit setelah pengepaman dihentikan. Adanya kemungkinan air yang masuk melalui lapisan tanah ke telaga Zamzam berasal dari retakan batuan di gunung gunung di sekitar Makkah, jadi air zam zam takkan pernah habis.





Isnin, Mei 17, 2010

"SELAMAT HARI GURU"

Guru adalah pendidik,
guru juga sebagai teman bicara,
guru pendengar setia,
guru penunjuk jalan,
guru adalah model,

Mampukah kita sebagai guru untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan...

"Moga kita akan menjadi guru yang terbaik buat anak-anak didik kita dalam usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT..."

Selasa, Mei 11, 2010

Don't Try Bottled Drinks in these South Asian Countries

If you have to order drinks in India, Pakistan

and other Southern Asian regions,

Don't Try Bottled Drinks

Always take the more expensive caned drink

Why??? ......See for yourself

Boy collecting colours to prepare PEPSI drinks











Isnin, Mei 10, 2010

KA'ABAH

Ka'abah, apabila memandang nya mampu melenyapkan seribu kegusaran yang bersarang di jiwa, bisa mendamaikan hati yang menatapnya, mendatangkan keinsafan, mohon segala doa dimakbulkan, menghapus segala dosa....segalanya dengan izin serta rahmat Allah SWT...

Kelambu Ka'abah diganti setiap tahun,oleh pihak kerajaan Saudi sewaktu para Jamaah Haji sedang wukuf di Padang Arafah.Proses untuk membuat/menenun 1 set Kelambu Ka'abah mengambil masa selama setahun. Proses ini memerlukan kemahiran dan ketelitian.


Beratur untuk melawat kilang membuat Kelambu Ka'abah.


Alat pemintal benang.


Alat pemintal benang.


Proses memintal benang.


Alat penenun Kelambu Ka'abah.


Proses menenun Kelambu Ka'abah yang berwarna Hitam.




Proses menenun/menjahit benang emas pada kalimat-kalimat suci Al-Quran yang mana akan digantung/lekatkan pada Kelambu Ka'abah yang berwarna hitam.