Rabu, Februari 17, 2010

TAJIN MOROCO

Bahan-bahan
daging/ tulang lembu, kambing,kerbau,cordero x kira le apa2 pun
bwg besar dlm 3 labu...
1 labu bwg putih...
1 in halia..
3 biji tomato.
1 biji cili capsicum..
3 btg karot..
calabacin..rupanya mcm timun..
afzafran...
rempah dia pula ...

1/2 sudu teh k/kayu manis,
1/2 sudu teh serbuk jintan manis,
sedikit kunyit

cara -cara..
1. Tumis besar bwg putih n halia yg telah di cincang halus..masak sampai bau..
2. kemudian masukkan bhn rempah tadi hingga berbau wangi..
3. lepas tu masuklah tulang/daging tadi..beserta dgn tomato cincang
or tomato pure ikut lah kalu rajin cincang kalu malas.dlm tin je lah..
4. kemudia nmasuk afzafran, rebus sampai empuk masukkan air sikit.n kunyit .
5. bila dah hampir empuk masuklah sayur tadi...masak lah lagi biar daging
betul2 masak, lembut n senang di mkn...
6. jgn lupa taruk garam n gula sikit tau.. bagi ada rasa
masam manis n masin baru sedap...
8. kalu nak tajin manis x yah boh sayur masuk je buah2 kering
mcm kita dok buat kek buah tu...sonang kan.
9. aa lupa pula..masak daging tu dekat2 nak empuk masuk kan
daun rempah..
10.masa nak hidang taburkan tajin tadi dgn daun sup...ok..


.......SELAMAT MENCUBA...........

CLEAN YOUR KIDNEYS WITH LESS THAN $1.00

NATURAL HERBAL KIDNEYS CLEANSER.

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt,
poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates
and this needs to undergo cleaning treatments.

How are we going to do this?
It is very easy, first take a bunch of parsley and wash it clean
Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and
boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour
in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.


Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated
poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able
to notice the difference which you never felt before.

Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

Sumber: JumaNisaa@yahoogroups.com

Isnin, Februari 15, 2010

INDAHNYA KAHWIN CAMPUR

Kahwin campur tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.Perkahwinan ini mampu membawa pelbagai kisah, suka maupun duka yang seterusnya mewarnai seluruh kehidupan berkeluarga bagi pasangan yang terlibat.
Bagi diri penulis, kahwin campur (Melayu-Cina) telah membawa erti yang amat besar dalam kehidupan.Semua ini terjadi kerana 'Jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT'. Siapa sangka, seorang berada di Pantai Timur(Kelantan) dan seorang berada di Pantai Barat(Bukit Mertajam) boleh bertemu dan seterusnya terjadinya sebuah ikatan perkahwinan antara dua budaya kalau bukan sudah ketentuan Illahi.
Permulaan kisah terjadi atas dasar rasa tanggung jawab seorang muslim terhadap seorang muslim yang baru beberapa tahun mengenal Islam, walaupun pada hakikatnya diri penulis sendiri bukanlah seorang yang begitu arif, alim dan sempurna dalam aspek agama.Tapi alhamdulillah ...
Walaupun berlainan bangsa dan budaya, perkahwinan kami mendapat restu kedua-dua belah pihak,biarpun pada awalnya keluarga penulis agak keberatan... tapi akhirnya mereka menerima dalam kebimbangan. Urusan perkahwinan kami dilakukan oleh keluarga angkat suami.
Hari pernikahan merupakan hari, saat pertama menemukan penulis dengan keluarga
mentua. Bayangkan betapa takut, gusar dan bimbang bersarang di hati. Tapi, berkat doa, pertemuan pertama memberi petanda yang positif.Kemesraan yang mereka tunjukkan seolah sudah kenal lama...Mereka begitu teruja mencuba menu masakan Melayu Kelantan dan seronok mengenali budaya kenduri masyarakat Melayu.Masakan yang pnulis ingat yang paling mereka suka ialah 'sira labu'(masak manis labu).Sementara keluarga penulis pula cuba memberi layanan yang terbaik buat mereka kerana dengan cara inilah kita dapat menunjukkan bahawa agama Islam itu indah.

Ahad, Februari 14, 2010

GONG XI FA CAI

Selamat Tahun Baru Cina buat semua family yg berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tahun ni kami sekeluarga tidak dapat untuk turut bersama family pada Tahun Baru ini....mohon maaf dari kami...Kami amat menghargai kemesraan, keakraban dan tali persaudaraan antara kita, biarpun berlainan agama tetapi agama tetap mengajar kita untuk berbaik-baik sesama kita.

Moga tahun ni dan tahun-tahun seterusnya akan membawa seribu kebahagian buat kita semua....

Khamis, Februari 11, 2010

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup ...

Salam!

Sekadar buat iktibar dan renungan kita bersama...

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku berUmrah..
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kaabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup ..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan PERTAMA adalah Azan ', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah....... . ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang KEDUA adalah panggilan Umrah/Haji . Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......
Alhamdulillah...

'Dan panggilan KETIGA', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN . Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ...Jawablah 3 panggilan Allah dengan ha tim u dan sikap yang Husnul Kho tim ah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. .....'

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**

Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada.....

...sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam- - Yesterday is History. Tomorrow is Mystery. Today is a Gift. That's why we call it the Present.
-- Author Unknown

Kisah ini penulis petik daripada: suwardi shahidan

Rabu, Februari 10, 2010

Tom Yam Campur- Simple

Bahan-bahan

300g daging/ayam
400g udang/sotong/isi ikan
1 batang lobak merah
Sedikit kobis
1 biji tomato-sederhana besar
1 labu bawang besar - belah 6
3 batang serai - diketuk
daun limau purut
3 ulas bawang putih - diketuk
cili api- secukup rasa- nak pedas boh banyak
jus limau nipis/purut- secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan air, masukkan bawang putih, daging dan serai, biarkan hingga daging empuk.
2. Kemudian, masukan lobak merah,kobis, udang/sotong/isi ikan, bawang besar, tomato,daun limau purut,cili api, jus limau dan garam secukup rasa..
3. Dah masak...hidangkan...hiasan...ikut suka la...

Suara yang diulangi setiap minit didunia ini*

Salam....
N3 ni adalah untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog yang masih belum membaca info ini.....

**

Maha Suci Allah yang Maha Mencipta, ketahuilah bahawa Azan tidak terputus
berkumandang di ‘globe’ bumi selama 24 jam. Didalam penyelidikan yang
dilakukan di sebuah Universiti di UAE, didalam bidang Matematik, menjelaskan
bahawa ini merupakan keajaiban yang dijadikan oleh Maha Pencipta didalam
memberi hak kepada ‘Suara Azan” sepanjang 24 jam setiap hari.

Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang
memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe
bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai
berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan
yang lain !!”

Abdul Hamid al-Fadhil, penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa globe bumi
ini boleh dibahagikan kepada 360 garisan, dimana ditentukan waktu setiap
kawasan tersebut darinya. Setiap garis dipisahkan dengan garisan dengan
jangka waktu 4 minit, diandaikan Azan dilakukan tepat pada waktunya bagi
setiap kawasan. Diandaikan juga muezzin yang baik akan melaungkan azan
selama 4 minit.

Dia juga mengandaikan Azan akan dikumandangankan pada setiap daerah
digarisan tersebut selama 4 minit, maka setiap 4 minit kawasan-kawasan yang
berada pada garisan tersebut akan melaungkan Azan. Maka, dalam tempoh 24
jam, genap 360 garisan globe bumi melaksanakan Azan, dan menunjukkan bahawa
Azan berkemundang secara berterusan selama 24jam didalam penghidupan bumi.
Formulanya boleh gambarkan seperti berikut :-

*4 (minit) x 360 (longitude) = 1440 minit
1400 (minit) / 60 (minit) = 24 jam*

Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuasaannya kepada makhluk yang
sentiasa alpa memahami hakikat perjalanan bumi ini. Bayangkan pada saat
dimana Azan sudah tiada lagi kedengaran, apakah yang akan terjadi kepada
makhluk yang berada dibumi ini? Firman Allah swt yang bermaksud :-

“Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang
mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang
mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” [Surah Yusuf : 105].

Berkata Ibn Kathir rh : “Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakkan orang tidak
memikirkan mengenai tanda-tanda (Ayaat) dan bukti Allah yang satu terhadap
ciptaan Allah pada langit dan bumi. Allah mencipta bintang-bintang dan
planet-planet yang mengelilingi orbit, dan semuanya cipta dengan tujuan
tertentu. Terdapat banyak tanah-tanah yang subur terletak sebelah
menyebelah, dan taman-taman, gunung-gunung, lautan, dimana ombaknya memukul
diantara satu sama lain, dan padang pasir yang luas. Terdapat banyak makhluk
yang hidup dan yang mati, dikalangan binatang, tumbuh-tumbuhan, dan
buah-buahan yang sama bentuknya, akan tetapi berbeza rasa, bau, warna dan
sifat. Kesemuanya disebabkan Allah yang satu, yang menjadikan semua jenis
ciptaan, dimana hanya dia yang tetap dan kekal selama-lamanya. Hanyalah dia
yang tersendiri Nama dan Sifatnya.”

Adaptasi dari email (Afi Yoono al-Hafiz) & laman web - *
http://www.paldf. net/forum/ showthread. php?t=276468*

kamin
10:30am, Sabtu 30-01-2010.

*sumber *:
http://kaminms. blogspot. com/2010/ 01/suara- yang-diulangi- setiap-minit. html

Sabtu, Februari 06, 2010

Moi(bubur nasi) Campur

Bahan-bahan..

500g isi ikan(apa2 aje yg sedap)- dihancurkan
500g daging-potong besar
2 cawan beras
1 inci halia -dimayang
satu labu bawang besar -dimayang
5 ulas bawang putih -diketuk dan digoreng(minyak sedikit) dgn api yg perlahan.
1 sudu besar rempah kurma (jika suka)
2 biji kentang- potong dadu
1 batang lobak merah- potong dadu
daun bawang dan daun sup

Cara-cara

1. Tumiskan halia dan bawang besar yg telah siap
dimayang sehingga garing.
2. Kemudian masukkan rempah kurma biarkan hingga
naik bau dan garing.
3. Masukkan air bersama beras yg telah siap dibasuh.
4. Masukkan daging, tutup dan biarkan hingga nasi hampir
menjadi bubur.Jika perlu tambahkan air.
5. Masukkan lobak merak, kentang dan juga isi ikan
dan biarkan hingga masak.
6. Setelah daging empuk, keluarkan dan siat-siatkan,
kemudian campurkan semula bersama moi tadi.
7. Apabila nasi betul2 menjadi bubur masukkan bawang
putih yg telah digoreng terlebih dahulu bersama minyak
bawang tersebut. Tambahkan garam secukup rasa.
8. Untuk hiasan taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng....
kemudian hidang dan makan....

......................SELAMAT MENCUBA..............