Rabu, Februari 10, 2010

Suara yang diulangi setiap minit didunia ini*

Salam....
N3 ni adalah untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog yang masih belum membaca info ini.....

**

Maha Suci Allah yang Maha Mencipta, ketahuilah bahawa Azan tidak terputus
berkumandang di ‘globe’ bumi selama 24 jam. Didalam penyelidikan yang
dilakukan di sebuah Universiti di UAE, didalam bidang Matematik, menjelaskan
bahawa ini merupakan keajaiban yang dijadikan oleh Maha Pencipta didalam
memberi hak kepada ‘Suara Azan” sepanjang 24 jam setiap hari.

Penyelidiknya didalam kajian tersebut berkata : “ Sesungguhnya Azan yang
memanggil orang Islam melakukan ibadat solat tidak pernah putus dari globe
bumi setiap hari pada setiap putaran masa, dimana setelah Azan selesai
berkumandang disesuatu kawasan, ia akan diteruskan berkumandang dikawasan
yang lain !!”

Abdul Hamid al-Fadhil, penyelidikan tersebut menjelaskan bahawa globe bumi
ini boleh dibahagikan kepada 360 garisan, dimana ditentukan waktu setiap
kawasan tersebut darinya. Setiap garis dipisahkan dengan garisan dengan
jangka waktu 4 minit, diandaikan Azan dilakukan tepat pada waktunya bagi
setiap kawasan. Diandaikan juga muezzin yang baik akan melaungkan azan
selama 4 minit.

Dia juga mengandaikan Azan akan dikumandangankan pada setiap daerah
digarisan tersebut selama 4 minit, maka setiap 4 minit kawasan-kawasan yang
berada pada garisan tersebut akan melaungkan Azan. Maka, dalam tempoh 24
jam, genap 360 garisan globe bumi melaksanakan Azan, dan menunjukkan bahawa
Azan berkemundang secara berterusan selama 24jam didalam penghidupan bumi.
Formulanya boleh gambarkan seperti berikut :-

*4 (minit) x 360 (longitude) = 1440 minit
1400 (minit) / 60 (minit) = 24 jam*

Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuasaannya kepada makhluk yang
sentiasa alpa memahami hakikat perjalanan bumi ini. Bayangkan pada saat
dimana Azan sudah tiada lagi kedengaran, apakah yang akan terjadi kepada
makhluk yang berada dibumi ini? Firman Allah swt yang bermaksud :-

“Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang
mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang
mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.” [Surah Yusuf : 105].

Berkata Ibn Kathir rh : “Allah mengkhabarkan bahawa kebanyakkan orang tidak
memikirkan mengenai tanda-tanda (Ayaat) dan bukti Allah yang satu terhadap
ciptaan Allah pada langit dan bumi. Allah mencipta bintang-bintang dan
planet-planet yang mengelilingi orbit, dan semuanya cipta dengan tujuan
tertentu. Terdapat banyak tanah-tanah yang subur terletak sebelah
menyebelah, dan taman-taman, gunung-gunung, lautan, dimana ombaknya memukul
diantara satu sama lain, dan padang pasir yang luas. Terdapat banyak makhluk
yang hidup dan yang mati, dikalangan binatang, tumbuh-tumbuhan, dan
buah-buahan yang sama bentuknya, akan tetapi berbeza rasa, bau, warna dan
sifat. Kesemuanya disebabkan Allah yang satu, yang menjadikan semua jenis
ciptaan, dimana hanya dia yang tetap dan kekal selama-lamanya. Hanyalah dia
yang tersendiri Nama dan Sifatnya.”

Adaptasi dari email (Afi Yoono al-Hafiz) & laman web - *
http://www.paldf. net/forum/ showthread. php?t=276468*

kamin
10:30am, Sabtu 30-01-2010.

*sumber *:
http://kaminms. blogspot. com/2010/ 01/suara- yang-diulangi- setiap-minit. html

Tiada ulasan: