Sabtu, Februari 06, 2010

Moi(bubur nasi) Campur

Bahan-bahan..

500g isi ikan(apa2 aje yg sedap)- dihancurkan
500g daging-potong besar
2 cawan beras
1 inci halia -dimayang
satu labu bawang besar -dimayang
5 ulas bawang putih -diketuk dan digoreng(minyak sedikit) dgn api yg perlahan.
1 sudu besar rempah kurma (jika suka)
2 biji kentang- potong dadu
1 batang lobak merah- potong dadu
daun bawang dan daun sup

Cara-cara

1. Tumiskan halia dan bawang besar yg telah siap
dimayang sehingga garing.
2. Kemudian masukkan rempah kurma biarkan hingga
naik bau dan garing.
3. Masukkan air bersama beras yg telah siap dibasuh.
4. Masukkan daging, tutup dan biarkan hingga nasi hampir
menjadi bubur.Jika perlu tambahkan air.
5. Masukkan lobak merak, kentang dan juga isi ikan
dan biarkan hingga masak.
6. Setelah daging empuk, keluarkan dan siat-siatkan,
kemudian campurkan semula bersama moi tadi.
7. Apabila nasi betul2 menjadi bubur masukkan bawang
putih yg telah digoreng terlebih dahulu bersama minyak
bawang tersebut. Tambahkan garam secukup rasa.
8. Untuk hiasan taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng....
kemudian hidang dan makan....

......................SELAMAT MENCUBA..............

3 ulasan:

shaniza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
adilah berkata...

Salam...
Pandai u teka, memang tu resepi moi yg i masak semalam...tp tak sempat snap gambaq, moi dah licin....

adilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.