Ahad, Disember 26, 2010

Pengiraan zakat - Emas

Emas terdiri daripada tiga jenis:

A ~ Platinium (melayu kata emas putih, sebab emas jenis ini mahal) bukan daripada keluarga aurum, harganya lebih mahal drp emas kuning. Platinium tidak dikenakan zakat (Z)dan lelaki boleh pakai.

B ~ Emas kuning, Tergolong daripada keluarga aurum, dibuang warna kuning menjadi putih akhirnya. Emas jenis ini dikenakan zakat dan lelaki tidak boleh memakainya.

C ~ Emas kuning, juga daripada keluarga aurum, kena zakat dan lelaki tidak boleh memakainya.

Cara pengiraan zakat

untuk jenis B dan C :
i. Jika emas yg tak dipakai mencapai berat minimum 85gm dikenakan zakat. 2.5% . Boleh dibayar dgn gantian duit.

ii. Jika emas yg dipakai, tak dikenakan zakat jika beratnya tidak melebihi 169gm.
Jika 170gm dikenakan zakat.

Contoh:
Katakan berat emas yang tidak dipakai 200gm, ditolak 85gm = 115gm, dibahagi 40(2.5%) = 2.875 x RM130(nilai emas semasa) = RM 373.75.

Nilai zakat perlu dibayar kepada 3 orang(minimum) ikut pendapat mazhab Syafie atau kpd 1 org atau lebih ikut pendapat jumhur.

Sumber Rujukan: Syeikh Fauzi Tahir, Pensyarah di INSANIAH Kedah

Tiada ulasan: