Ahad, Disember 26, 2010

Ayam Masak Padang

Bahan-bahan

1 ekor/ 1kg ayam

Bahan A
2-3 labu bawang besar (sais sederhana)
5 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili kering ( nak pedas tambah sendiri)
1 inci lengkuas
sedikit halia, kunyit

Bahan B
1 biji kelapa (ambil santannya)
2-3 keping asam keping(gelugur)
2 batang serai
daun limau purut

Cara-cara

1. Bersihkan ayam, n potong ikut suka yang memasak.
2 Kisarkan semua bahan A hingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan A yg siap dikisar.
4. Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam, kemudian santan, n bahan B.Tambahkan garam n gula secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak. (Jika nak kuahnya pekat biarkan kering sedikit).


..........Selamat mencuba.......

Tiada ulasan: