Ahad, Ogos 05, 2012

Darjat Puasa Manusia

Menurut Imam al-Ghazali, darjat puasa manusia terbahagi
kepada tiga bahagian:
1. Puasa Umum : Iaitu berpuasa dengan menahan perut dan
 faraj(kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan ,minum
dan sebagainya).
2. Puasa Khusus : Iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga
pendengaran, penglihatan, lidah, kaki,tangan dan seluruh anggota 
daripada melakukan yang haram atau dosa.
3. Puasa Khususul Khusus(paling khusus) Iaitu berpuasa dengan
menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi
dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan
pemikiran-pemikiran (memikirkan) hal-hal keduniaan dan
memesongkan perhatian dari selain Allah SWT sama sekali.

Sumber: Puasa Rasulullah S.A.W: Panduan mencapai Kesempurnaan Puasa,
Oleh: Ustaz Ahmad Adnan Fadhil.m/s 34.

"SALAM RAMADHAN KAREEM"

Tiada ulasan: