Sabtu, Januari 30, 2010

Info dari Jubail

Semalam, kami rakyat Malaysia yang kini menetap(sementara) di saudi(Jubail)di kejutkan dengan berita kemalangan maut di Madinah. Seorang sahabat mendapat berita dari Kedutaan bahawa kemalangan yang berlaku di Madinah melibatkan rakyat Malaysia yang berkerja dengan syarikat oil n Gas.
Dalam keadaan yang kelam kabut,mungkin berlaku kesilapan komunikasi, pihak kedutaan ingatkan melibatkan rakyat Malaysia yang tinggal di Jubail.

Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu (petang Rabu- Jumaat), bagi kami yang tinggal di Saudi yang mempunyai kelapangan masa akan ke Makkah atau Madinah. Apabila mendapat berita tentang kemalangan maut yang melibatkan 'keluarga Malaysia',masing-masing cemas, mungkinkah kalangan kami di sini yang terlibat.Ya lah, bila kita merantau di tempat orang, sahabai handai lah yang akan menjadi saudara kita.

Akhirnya, kerisauan terjawab juga, mangsa kemalangan maut tersebut melibatkan satu keluarga dari Malaysia dan seorang pelajar univ. Madinah. Menurut sumber, seorang
mangsa maut, 2 cedera parah..
Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terlibat dan Al-fatihah...semoga rohnya di tempatkan bersama para solehin.

Ajal-maut, di mana tanah kubur kita tiada siapa yang tahu...semuanya dalam ketetapan dan pengetahuan Allah SWT...

2 ulasan:

umi udin berkata...

Salam..
Tiap yg hidup pasti merasai mati..
Rasulullah SAW bersabda;
" Kubur adalah awal tempat akhirat. Jika penghuninya selamat di situ, mudahlah sesudahnya. Jika penghuninya tidak selamat di situ, maka sesudahnya akan lebih sulit."
Al-Fatihah buat arwah...

p/s nak mati diribaan mu supaya kau selalu mengingatiku dan mendoakanku.

adilah berkata...

salam...
begitulah adat dunia...
dunia hanyalah persinggahan utk
kita mendapatkan bekalan ke akhirat sana...

p/s..walau dimana sekalipun ajal menjemput, InsyaAllah doa akan tetap mengiringi pemergianmu...