Bahan-bahan (anggaran utk satu hidangan)
Nasi:~
~ utk nasi berwarna biru....masak nasi seperti biasa ditambah dengan
perwarna biru kalau tak de bunga utk nasi jadi biru (lupa le namanya)
~ utk nasi putih.....masak nasi macam biasa je..
Sambal Kelapa:
~ 1/2 biji kelapa parut - di goreng sampai kuning(gareng) tanpa minyak.
~ 2 ekor ikan kembung/ selayang(sardin),atau apa2 je
asalkan ikan - di bakar,kemudian ambil isinya.
* cara-cara : : gaulkan kelapa parut yg telah
di goreng bersama isi ikan yg telah dihancurkan.Tambahkan garam
secukup rasa, sedikit gula jika suka.
Tumis:
~ 2 cawan santan pekat
~ 2 sudu besar cili kering yg tlh di kisar
~ 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih - dikisar
~ 1-2 batang serai
~ sekeping asam keping(gelugur).
* cara-cara: Panaskan minyak, tumis bahan2 yg
telah dikisar hingga wangi.( Tambahkan satu sudu kecil budu
masa menumis jika suka).
Masukkan santan pekat, asam keping , serai dan garam.
Masak hingga santan nampak pekat dan berminyak.
Solo' Lada:
~ Cili hijau (jika ada, gunakan cili yg warnanya hijau muda) -
dibelah sedikit tp tak putus.
~ 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
~ 2 ekor ikan kembung/selayang - ambil isinya
~ 3,4 ulas bawang merah
~ sedikit lada hitam
~ 1 biji telur (kecil)
cara-cara: kelapa, bawang, isi ikan dan lada
hitam dikisar (kering).Tambahkan garam. Gaulkan bahan yg dikisar
dengan telur, kemudian masukkan dalam badan lada yg telah di belah tadi.
Aturkan cili2 yg telah siap disumbat intinya dlm periuk dan masukkan
sedikit santan cair kemudian rebus hingga cili masak.
Sambal lada:
~ cili api dikisar/tumbuk. Tambahkan 2 sudu besar cuka masakan, dan garam.
* utk lebih sedap sambal ini disediakan lebih awal.
Ulam-ulaman:
~ Daun kesum
~ mana- ulaman yg sesuai cth: kobis,kacang panjang, tougeh,
timun, salad dll...
lauk-pauk tambahan:
~ telur masin
~ daging/ayam bakar
~ ikan celup tepung goreng
~ keropok ikan
* gambar kemudian, dah habis makan baru tringat nak masukkan
resepi dlm entry
~~~~~~~~~~~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahad, Disember 20, 2009
Sabtu, Disember 19, 2009
Snow oh snow
Snow....begitu sinonim dengan negara-negara yg beriklim sejuk.Apabila kami berpeluang ke Spain, teringin juga untuk merasai sendiri bermain snow.Kebetulan pula kami di sana pada penghujung musim autumn.Dua hari sebelum kami pulang ke KSA, kami ke Sierra Nevada , memenuhi keinginan anak-anak untuk bermain snow.......anak-anak begitu gembira walaupun terpaksa menahan kedinginan...
Sabtu, Disember 12, 2009
Islam di Spain
Menurut catatan sejarah Islam telah sampai ke Spain (Andalusia) sejak zaman Umaiyah. Penaklukan Islam di Andalusia hampir menyeluruh. Terdapat kesan-kesan peninggalan yang menakjubkan yang di akui seluruh dunia. Kesan-kesan tersebut, sebahagiannya masih kukuh contohnya Alhamra:
Namun, apabila Islam kehilangan kuasa, segala-galanya hanya menjadi sejarah.
Pada masa kini, keadaan Islam di Spain agak daif. Masih ada penganut agama Islam tetapi yang penulis jumpa rata-ratanya kalangan orang Morocco yang menetap di Spain.
Terdapat masjid-masjid di sini, tapi keadaannya amat berbeza dengan masjid di negara kita.
Masjid di Alicante :
- ruang solat muslimat
- ruang solat muslimin
- program mengaji al-Quran
Masjid di Cartagena

Alicante,Mursia
Beberapa hari kebelakangan ini penulis agak sibuk 'mengemas' , maklumlah masa nak balik ke KSA dah hampir, so kena kemas-kemas la mana-mana yang patut, tak sempat penulis nak buat catatan baru.10.Dis.09, penulis bersama family fly ke Saudi...penat...
Hari ini baru ada peluang, untuk update blog.
Kesempatan dan peluang yang ada sebelum kami balik ke Saudi tidak kami sia-siakan untuk berjalan-jalan di beberapa kawasan termasuklah di La Manga, Mursia, Alicante, Plaza de Espana,Potr Cartagena. Pada pandangan saya, di sini (spain) sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati. Pepatah Melayu menyatakan 'jauh berjalan, luas pemandangan'.
saksikan Slide yang di sediakan:

Selasa, Disember 01, 2009
Nasi Arnab Spain
Bahan-bahan
1 ekor Arnab( boleh juga ayam/daging/kambing)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh rempah arab
1 sudu teh rempah kari daging
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang lobak merah (kecil)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit butter/minyak sapi (ikut suka)dan minyak masak untuk menumis
garam
beras 1/2 - 1kg
cara-cara
- bersihkan arnab, potong besar-besar- perap dengan
garam ,(serbuk halia jika suka)
- sementara itu masakkan nasi bersama-sama lobak merah yg telah
disagat.Tambahkan sedikit garam. ketepikan.
- dalam masa yang sama tumiskan bawang, kulit kayu manis,
bunga lawang,rempah hingga wangi kemudian masukkan tomato,
arnab dan sedikit air (jika suka masukkan susu cair), tutup..
tambahkan garam secukup rasa biarkan hingga separuh masak.
- Bila nasi hampir kering masukkan semua bahan
(arnab yg separuh masak tadi)ke dalam periuk nasi,
tutup dan tunggu hingga nasi masak.
- bila dah masak hias le ikut selera sendiri... n makan le...
(gambaq lupa ambik, nanti boh kendian...)
```````````````````SELAMAT MENCUBA`````````````
inilah rabbit yang telah kami masak....hiasan semata-mata, jangan takut...

Isnin, November 30, 2009
AidilAdha di Spain
bila tiba hari raya...semua insan bergembira...
itulah gambaran bila hari raya menjelang tiba, walau di mana pun kita berada, kita tetap menyambut dan meraikan hari raya walaupun dengan suasana dan cara yang berbeza.Kita perlu menghayati makna di sebalik ' Hari Raya Aidiladha'.
Di Spain, 'Aidiladha' disambut seadanya. Jika nak dibandingkan dengan sambutan di negara kita jauh bezanya. Lihat tempat sembahyang raya sudah le..
sembahyang sunat hari raya diadakan di padang, masjid amat daif untuk menampung jumlah jemaah
Tempat sembahyang kaum wanita diadakan di anjung rumah persendirian yang bersambungan dengan padang tempat jemaah lelaki.
Ni gambar kami sekeluarga setelah selesai solat Sunat Hari Raya,dok tunggu kambing nak buat Ibadah Qurban...
Tetapi yang sama walau pun di mana 'Aidiladha' disambut ialah Ibadah Qurban. Ibadah Qurban tetap dilakukan. Cuma di Spain ni lebih kepada Qurban Kambing, lembu tak kot..
Kami juga turut melakukan ibadah Qurban di Spain ni. Gambar di bawah ni, kambing-kambing kami le tu.
Selain Ibadah Qurban, persamaannya dengan tempat kita ialah 'Rumah Terbuka Hari Raya'. Petang raya kami dijemput ke rumah 'geng Navy'. Kami di jamu mee rebus, nasi minyak...Sedapnya...
kemudian...hari berikutnya, jamuan raya kat rumah kami pula..
Demikianlah sambutan hari raya Aidiladha di Spain.....

Orang Malaysia di Spain
Setelah 3 minggu kami berada di bumi Spain, takdir Allah kami berjumpa dengan orang Malaysia yang juga tinggal di Spain. Mereka telah 6 tahun tinggal di sini. Mereka yang saya maksudkan ialah Keluarga Azmi & Anis, Mahadi & Mazlin, Burn & Has serta beberapa Kru kapal. Mereka ni sebenarnya (Navy) yang terlibat dengan projek 'Kapal Selam Negara'.
Betapa seronoknya, bila kita berada di luar negara dan tiba-tiba kita terjumpa dengan mereka-mereka yang senegara dengan kita. Mereka umpama keluarga dan juga sahabat. Apa lagi bila berjumpa, untuk mengeratkan silaturahim, kami di jemput ke kediaman mereka.Selang beberapa hari kami pula menjemput mereka ke kediaman kami....dan lihatlah hasilnya.....

Selasa, November 24, 2009
Sehari di La Alhamra - Granada
Perjalanan ke Granada dari Cartagena mengambil masa 3 jam setengah, drive le tu...
Sepanjang perjalanan pemandangan begitu cantik dan menarik. Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Bukit-bukau sayup mata memandang.Kami begitu asyik menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan rasa bersyukur kerana di beri peluang dan kesempatan untuk menyaksikan indahnya ciptaan Tuhan
Bukit-bukau sepanjang perjalanan Cartagena - Granada
Jam lebih kurang 2 petang kami sampai di Granada town yang terletak di kaki bukit Sierra Nevada. Kami terus ke La Alhamra yang merupakan tempat sejarah yang terkenal. La Alhamra merupakan peninggalan sebuah kota yang dibina zaman pemerintahan Islam di Andalus(pada ketika itu) iaitu 'Nasrid Dynastydi' yang terdiri daripada sebuah 'Palace', dan 'garden' yang masih terpelihara. Pembinaan bermula pada zaman King Mohammed I(1238-1273) dan siap sepenuhnya pada zaman Sultan Muhammad V (1353-1391). Kemudian kota ini jatuh ke tangan Christian King Ferdinand II and Queen Isabella I(1492).
Alhambra (bahasa Arab: الحمراء = Al-Ħamrā'; bererti "merah") adalah nama sebuah kompleks istana sekaligus benteng yang megah dari khalifah zaman bani ummayyah di Granada, Spanyol bahagian selatan (dikenal dengan sebutan Al-Andalus ketika benteng ini didirikan), yang mencakup wilayah perbukitan di kota Granada. Istana ini dibangunkan sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.
Pintu masuk ke kompleks Istana
'Garden'- merupakan laluan masuk ke Kompleks Istana
Meriam yang merupakan benteng pertahanan menghadap laluan masuk ke La Alhamra dari bandar Granada
Muzium dalam Kompleks Istana
The Palace - pandangan dari laluan masuk ke Palace
Ukiran, tulisan Arab dan kalimat-kalimat ALLAH yang masih kekal di dinding-dinding Palace.
Tempat Azan....(pada tanggapan kami)
'Honeycomb'Stalactiten atau 'Mocarabe(sarang lebah) in the hall of Abencerrajes.
Salah satu Tingkap Palace
Pemandangan dalam Palace
Portico an pool(kolam Istana) in the Alta Alhamra (early 14th century Partal)
Batu-batu menghias laluan dalam taman
Pemandangan di "Garden' dalam kawasan Istana.
Pokok Pisang Kaki yang terdapat dalam 'Garden'
Antara pokok-pokok yang terdapat dalam 'Garden' Istana
Bandar Granada - pemandangan diambil dari Istana
Laluan Air pada zaman tersebut
Solat fardhu berjemaah di laluan pejalan kaki di luar Palace.
Kehebatan Tamadun Islam hanya tinggal kenangan dan menjadi hiasan. Begitulah akibat sekiranya Islam kehilanggan kuasa dan ajaran Islam tidak dipraktikkan dalam seluruh kehidupan ummah.Sejarah Dunia mengakui kehebatan Tamadun Islam di Andalusia. Keunggulan Palace diiktiraf sebagai "UNIESCO World Herritage" namun kami terpaksa solat di laluan pejalan kaki.

Langgan:
Catatan (Atom)