Isnin, November 30, 2009

AidilAdha di Spain

bila tiba hari raya...semua insan bergembira...
itulah gambaran bila hari raya menjelang tiba, walau di mana pun kita berada, kita tetap menyambut dan meraikan hari raya walaupun dengan suasana dan cara yang berbeza.Kita perlu menghayati makna di sebalik ' Hari Raya Aidiladha'.

Di Spain, 'Aidiladha' disambut seadanya. Jika nak dibandingkan dengan sambutan di negara kita jauh bezanya. Lihat tempat sembahyang raya sudah le..


sembahyang sunat hari raya diadakan di padang, masjid amat daif untuk menampung jumlah jemaah




Tempat sembahyang kaum wanita diadakan di anjung rumah persendirian yang bersambungan dengan padang tempat jemaah lelaki.


Ni gambar kami sekeluarga setelah selesai solat Sunat Hari Raya,dok tunggu kambing nak buat Ibadah Qurban...


Tetapi yang sama walau pun di mana 'Aidiladha' disambut ialah Ibadah Qurban. Ibadah Qurban tetap dilakukan. Cuma di Spain ni lebih kepada Qurban Kambing, lembu tak kot..

Kami juga turut melakukan ibadah Qurban di Spain ni. Gambar di bawah ni, kambing-kambing kami le tu.










Selain Ibadah Qurban, persamaannya dengan tempat kita ialah 'Rumah Terbuka Hari Raya'. Petang raya kami dijemput ke rumah 'geng Navy'. Kami di jamu mee rebus, nasi minyak...Sedapnya...









kemudian...hari berikutnya, jamuan raya kat rumah kami pula..









Demikianlah sambutan hari raya Aidiladha di Spain.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum..saya zatil,isteri kpd mohd najib,sorg lecturer uitm penang n ibu kpd 2 ank.sy n family akn ke madrid,spain awal mac akn dtg.husbd ader reserch kt sn.tp sekjp jer.3 buln..juz nk tnya cmna ngn keadaan tmpt sy kalo cik sudi share pglmn kt sn..tq