Rabu, Mei 26, 2010

WANITA SOLEHAH

Ciri-ciri wanita solehah
~ Meletakkan keredhaan Allah SWT dalam setiap perbuatan.
~ Gembira dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab
sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.
~ Sentiasa membahagiakan hati suami dalam setiap
aspek kehidupan.
~ Menjadi penyokong kepada suami dan anak-anak dalam
hal dunia dan akhirat.
~ Sentiasa menggalakkan suami dan anak-anak menunaikan
kewajipan solat secara berjamaah.
~ Menegur serta menasihati suami secara berhemah apabila
melihat sesuatu yang perlu ditegur atau dinasihati
menurut Islam.
~ Bersifat qanaah atau memadai dengan kehidupan yang
dilalui dan rezeki yang dimiliki.
~ Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan berterima
kasih kepada suami.

Sabda Rasulullah SAW mengenai wanita solehah:" Sebaik-baik wanita adalah yang membahagiakan engkau apabila engkau melihatnya, patuh kepadamu apabila engkau mengarah sesuatu serta menjaga kemuliaan dirinya waktu ketiadaanmu serta mengawasi hartamu"(Riwayat al-Hakim dan al-Tabrani serta Ahmad dan al-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Sabda Rasulullah SAW:"Apabila seseorang perempuan solat lima waktunya, puasa pada bulannya,menjaga marwah dan kehormatannya,mentaati suaminya, nescaya ia akan masuk syurga menerusi mana-mana pintu sekalipun yang ia mahu."

Dalam hal ini, para suami juga mempunyai tanggungjawab serta berperanan dalam usaha mencari keredhaan Allah SWT ke arah mewujudkan suatu kehidupan yang aman dan tenteram.
Allah SWT berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, awasilah, jagalah, diri kamu dan ahli keluargamu dari azab neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-bata yang dijadikan sembahan." (al-Tahrim:6)


Tiada ulasan: