Cara-Cara mengkhusyukkan Solat.
1. Solat berjamaah.( yang paling afdal adalah di masjid
khususnya bagi lelaki)
2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan
diminum dan di dapati dari punca yang halal.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.
4. Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar/ air kecil.
5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai
semua anggota yang wajib serta berdoa apabila air
melalui anggota-anggota wudhuk.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
7. Solat pada awal waktu (melainkan jika ada majlis ilmu
atau majlis zikir)
8. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang boleh mengganggu
fikiran atau membimbangkan hati.
9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya solat itu adalah
yang terakhir dalam hidup kita.
10.Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT
yang maha agong dan mengetahui segala rahsia hambaNya.
11.Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri
terhadap Allah SWT yang sentiasa melihat gerak geri kita.
12.Memahami segala bacaan dalam solat.
13.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas,
selawat kepada Nabi,istighfar.
14.Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak
menggerakkan anggota ketika solat.
15.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
16.Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
17.Memastikan tiada gangguan di kawasan kita solat.
*Mudah-mudahan kita dapat perbaiki solat kita agar solat
hari ini lebih berkualiti dari solat yang semalam.
1 ulasan:
ya mudahan solat kita bertambah baik
terbaru dari saya : tidak pandai berniaga
Catat Ulasan