Jumaat, November 06, 2009

Keistimewaan Dua Tanah Haram

Tidakku sangka ataupun terlintas dalam kotak fikiran, setelah 2 tahun kami menunaikan fardu Haji, kami sekeluarga akan kembali lagi ke Saudi tetapi dalam keadaan yang berbeza. Kini dah hampir 5 bulan(bermula jun 2009) kami sekeluarga berada di Saudi. Dulu, sewaktu kami menunaikan fardu Haji, kami pernah berkata "alangkah beruntungnya jika Allah kurniakan kami rezeki n kesempatan untuk membawa anak-anak ke Tanah Suci" dan hal itu juga merupakan antara doa kami agar Allah memberi peluang tersebut kepada kami. Bila kami beroleh kesempatan berada di tempat-tempat mustajab doa, kami panjatkan doa buat ahli keluarga kami, guru-guru,rakan taulan dan muslimin n muslimat.

Kembali ke Malaysia, kami bertugas semula setelah mengambil cuti haji. Kerinduan kepada 2 tanah Haram begitu ketara sehinggakan sering menjadi topik perbualan kami sekeluarga dan rakan-rakan. Suami ku sering berkata "seronoknya jika dapat bekerja di bumi Arab senang untuk ke Mekah dan Madinah". Aku ingatkan itu hanya mainan bicara rupa-rupanya suamiku serius dengan buah bicara yang dia tuturkan. Diam-diam dia mula mengintai-intai peluang kerja di negara-negara 'UAE'. Tambahan pula beberapa orang kenalan suami telah bekerja di Qatar, Arab Saudi menyebabkan suami teringin berubah iklim kerjanya.Ogos 2008. "Abang nak gi KL, ada interview, kerja kat Arab", kata suami. Aku buat tak kisah je, ingatkan suami berseloroh. Balik je dari kerja, suami meminta aku mengambil sehelai baju, kain sembahyang, dokumen dan masukkan ke dalam beg sandangnya, dan terus mengajak aku ke stesen bas. Dalam kereta aku masih gelak-gelak, "ada ke tiket tu", kata suami, "ada tiket, abang pergi, tak ada kita balik". Orang kata kalau dah rezeki tu tak kemana. Nak jadikan cerita , tiket bas tinggal satu. Maka dapat la suami aku gi KL. Petang esoknya, suami aku call, "macam mana, nak terima tak tawaran kerja tu", aku kata, "hai takkan semudah tu, pi-pi terus dapat, tok sah dok mlawak la(lorat utara)", suami kata, "betul ni, nak terima ke tak? kerja kat Saudi", aku jawab ikut suka la. Malam tu juga suami aku balik ke Perlis dengan surat tawaran kerja barunya.

Bila tawaran kerja dah dapat, kami dok pening pula nak pergi ke tak,kami sembahyang Istikharah minta petunjuk dalam membuat keputusan, teringat pula doa kami kat Mekah, Madinah dulu agar Allah berikan rezeki dan peluang untuk bawa anak-anak ke Tanah Suci maka suami terima tawaran tersebut. Feb.2009 suami aku bersama 2 rakan baiknya(En.Lan, Abg.Dan)fly ke Saudi untuk memulakan kerja mereka di sana. Aku memohon cuti, dan cuti aku diluluskan selama setahun 8 bulan bermula Jun 2009 hingga Feb 2011.Aku dan anak-anak menyusul pada bulan Jun 2009.Di Malaysia, anak-anak cuti sekolah pertengahan tahun, di Saudi juga cuti summer.

Bila tiba di Jubail,Saudi(tempat kerja suamiku),maka bermula la episod baru dalam hidup kami sekeluarga. Kehidupan di Saudi jauh berbeza dengan Malaysia. Di Saudi aku jadi 'mem' besar. Mana taknya, segala urusan di luar rumah suami yang uruskan. Orang perempuan tak boleh keluar rumah tanpa muhrim, kaum perempuan tak boleh drive kereta, maka dok la kami dalam tembok batu bila suami pergi kerja.

Setelah sebulan kami berada di Jubail, barulah kami berkesempatan untuk ke Mekkah n Madinah untuk melakukan umrah n ziarah.Perjalanan ke Makkah mengambil masa lebih kurang 13-14 jam perjalanan darat. Dengan izin Allah maka dapatlah kami melaksanakan umrah n ziarah kami walaupun tersesat jalan, maklumlah drive kereta di tempat orang.




Takkala 'Kaabah' aku lihat, air mata bergenang, terasa betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T.


Begitu jua bila tiba di Masjid Nabawai, bila menghampiri Makam Rasulullah, hati terasa sayu, sebak dan rindu untuk menatap wajah 'Kekasih Allah'. Doa ku pohon moga akhirat nanti kita tergolong dalam kalangan umat 'Muhammad' yang mendapat syafaatNya.
Dalam kesempatan itu juga sempat kami ziarah Masjid Quba',Masjid Qiblatain(masjid 2 kiblat),Perkuburan Baqiq, para SYuhada Uhud di Bukit Uhud.

Setelah selesai umrah dan ziarah, hati terasa sayu untuk meninggalkan 2 Tanah Haram ini yang mempunyai seribu kelebihan.Namun kami terpaksa kembali ke Jubail tempat kami menetap buat masa kini.

Ingin aku berpesan kepada ahli keluarga dan rakan taulan, sekiranya ada peluang dan rezeki datanglah ke Mekkah dan Madinah sewaktu usia masih muda, jangan tunggu usia tua baru mencari peluang, kerana usia kita bukan dalam perhintungan kita.Tanamkan azam,berusaha dan berdoa agar Allah menjemput kita menjadi 'tetamuNya'.

Tiada ulasan: