Isnin, November 30, 2009

Orang Malaysia di Spain

Setelah 3 minggu kami berada di bumi Spain, takdir Allah kami berjumpa dengan orang Malaysia yang juga tinggal di Spain. Mereka telah 6 tahun tinggal di sini. Mereka yang saya maksudkan ialah Keluarga Azmi & Anis, Mahadi & Mazlin, Burn & Has serta beberapa Kru kapal. Mereka ni sebenarnya (Navy) yang terlibat dengan projek 'Kapal Selam Negara'.

Betapa seronoknya, bila kita berada di luar negara dan tiba-tiba kita terjumpa dengan mereka-mereka yang senegara dengan kita. Mereka umpama keluarga dan juga sahabat. Apa lagi bila berjumpa, untuk mengeratkan silaturahim, kami di jemput ke kediaman mereka.Selang beberapa hari kami pula menjemput mereka ke kediaman kami....dan lihatlah hasilnya.....

Tiada ulasan: