Jumaat, November 20, 2009

Roti Canai

ROTI CANAI
Bahan-bahan ( 12-16 biji )

* 550 gm tepung gandum
* 250 gm air atau 240 gm air + 10 gm 7 UP ( masuk 7up jd rangup roti)
* 1 biji telur @ 50gm
* 3 camca besar susu pekat manis @ 60gm
* 1/2 camca teh garam @ 6gm
* 1 camca sedang butter/margerin @ 15gm
* 1-2 camca besar tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

1. Ayak tepung dan garam.. Masukkan margerin, telur dan susu pekat ke dalam tepung, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10 min
5. uli lagi selama 5min
6. **ulang step 4 & 5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli & rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ianya lembik lg selepas 2nd time uli & rehat, tambah sedikit tepung (1 tbsp)
7. advisable uli guna tangan - tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
9. jika tak habis tebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
10. terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
11. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , doh akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan margerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

p/s kalau nak bagi lebih lembut, lepas step 6, biar 2 / 3jam...tengok la tahap kerajinan dan kesabaran u..


~ SELAMAT MENCUBA ~

Tiada ulasan: