Jumaat, November 20, 2009

Resepi - Pastri Rapuh

Resepi asas pastri rapuh:

120 gm tepung gandum
1/4 camca teh garam
45 gm marjerin sejuk beku (boh dlm peti ais kejap)
3-4 camca sedang air sejuk

Cara nak buat:
1. Ayak tepung dengan garam, masukkan marjerin yang telah dipotong2.
2. Gaul dan ramas marjerin dengan tepung (hujung jari je) sampai jadi macam serbuk roti
3. Masukkan air sejuk dan uli hingga dapat doh yg lembut tapi tak melekat.
4. Canai dan letak le inti..dah jadi karipap, letak inti sayur jadi epok2 tapi kalau nak buat sardin gulung letak je sardin dan bakar.

Sukatan tanpa penimbang

Mentega/marjerin
1 cawan = 250 gm
1 camca besar = 15 gm
1 camca makan = 10 gm

Gula
1 cawan = 250 gm
1 camca besar = 15 gm
1 camca makan = 10 gm

Tepung
2 cawan (diayak) = 250 gm
2 camca besar = 15 gm
2 camca makan = 10 gm

Donat

350 gm tepung gandum } ayak
sedikit garam }
80 gm marjerin
6 camca besar susu cair (suam)
2 camca teh gula halus
2 biji telur (kecil) dipukul
25 gm yis
minyak masak
gula halus untuk sadur

Cara:
1. Gaul ramas tepung dengan marjerin
2. Sediakan campuran yis - susu cair + yis
3. Campurkan ke dalam tepung dan gaul hingga doh lembut, letak tepi sekejap (20 minit)
4. Uli sebentar, bahagi doh kepada beberapa bahagian
5. Buat le bulat dan lubangkan, goreng...

*boleh juga buat bulat2 tanpa lubang, letak sambal bilis dan timun jd mini burger
(sumbangan daripada sahabatku di Malaysia - Pn Sarimah)

1 ulasan:

imm berkata...

salam singgah mencari resepi kulit pie..thanx for sharing